Sunday, April 18, 2010

SMADHM


Kiwi berumur 13 tahun mula mendaftar di sebuah sekolah yang bernama Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa di N9. Pada hari pertama persekolahannya dengan suasana yang agak tegang dan serabut di hadapan dewan Khalid Al-Walid ibunya telah mengenalkannya kepada seorang remaja lelaki yang bernama Apple. Dia adalah saudara kepada Kiwi. Walaupun mereka bersaudara, itulah kali pertama Kiwi berkenalan dengan Apple.

Hari pertama kelas bermula. Kiwi seakan kenal salah seorang daripada sekumpulan remaja yang sedang melangkah masuk melalui pintu hadapan kelas. Masing-masing bertegur sapa. dalam keadaan yang hiruk-pikuk tuh, ada saja yang menjerit tak tentu hala. Pusing sana-sini tanpa hala tuju. Dan berbual mengikut loghat masing-masing.

" Salam, sape nama ? " ada suara yang menegur dari belakang. " Kiwi ". " Dari mana ? " pelajar perempuan itu bertanya lagi. " KL ". Jawapan yang diberi oleh Kiwi sungguh ringkas. Lalu Kiwi pula yang bertanya . " Nama ? " dan pelajar itu pun menjawab " Oren ". Tiba-tiba guru kelas masuk dengan penuh keceriaan terpancar dimukanya. Seolah-olah baru mendapat tahu bahawa dia sudah dipinang orang. Nama cikgu itu ialah Cikgu Peach. Dia bersungguh-sungguh memperkenalkan dirinya. Tapi, pelajar dalam kelas tuh buat dono je. Kesian cikgu.

Pelajar tingkatan 3 di sekolah itu seolah-olah tidak ada peperiksaan besar yang akan ditempuh pada hujung tahun. Kiwi rasa rimas sangat. Sambil mendengar mp3 yang dapat diselinap masuk di bawah kain tudungnya yang labuh lerang 60 itu, dia terdengar ada orang yang memanggilnya. Rupa-rupanya, Oren ingin kenalkan lagi dua orang kawannya. Dia menuding jari kepada seorang pelajar yang berperangai macam jantan. Dan memberitahu bahawa yang itu bernama Laici. Kemudian di sebelah tingkap yang asik menghadap komik, bernama Mangga. Mangga asal dari Kelantan. Banyak juga yang Oren tahu mengenai kelas tu.

Pakaian yang segak. Tapi tidaklah skema sangat. Berjalan dengan kawannya lagi dua orang. Nampak macam senior tingkatan 3. Oren menegur Kiwi yang sedang termenung sambil mengenangkan nasibnya yang pertama kali menetap di asrama dengan beberapa jenis manusia yang agak menarik dan macam-macam perangai ada. " Kiwi, ko nampak tak mamat kat sana tu ? " Oren menghalakan pandangannya ke arah bangunan yang bersebelahan dengan bangunan mereka di bahagian bawah pejabat. Lalu ditanyakan kembali kepada Oren " kenapa dengan dia ?" . Oren pun menjawab "machonyer ". Kiwi tidak mempedulikannya. Dia terus kehadapan dan meminta izin dari cikgu Peach untuk keluar. Mungkin ke ladies.

Dalam perjalanan ke tandas, Kiwi menyimpan mp3 yang sedang didengar ke dalam poket baju kurung sekolahnya. Seperti yang tidak terlintas di simpang empat fikirannya yang semuanya berlampu merah dengan perasaan terkejutnya Kiwi tersentak ibarat kereta yang brek emergency takut-takut tersondol kereta di hadapan dia berpaling dengan perlahan kerana terdengar ada orang batuk seperti brek tak makan. Tetapi batuknya seperti dibuat-buat. Komunikasi bukan lisan ini memberi amaran bahawa dia ternampak apa yang baru Kiwi lakukan. Muka Kiwi merah padam semerah blusher yang tiba-tiba muncul dari pipinya yang berlesung pipit di bahagian kiri dan kanannya.

Apabila pusingan kepala habis 90 darjah, dia melihat ke kaki manusia yang menegurnya. Rasa tidak sedap hati ibarat baru tertelan hempedu itu Kiwi merenung ke mukanya pula. Rupanya.........